Home
21 | 05 | 2012
Selamat Datang ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Bari--ILMU SULUH HIDUP
  • 1m1s.jpg
  • kssr.jpg
  • maalhijrah.jpg
  • mbmmbi.jpg
  • tahunbaru.jpg
Makluman SPBT PDF Print E-mail
Written by zawiyah   
Monday, 21 November 2011 08:55

Proses pemulangan dan penyerahan buku teks telah berjalan dengan lancar pada 10 November 2011 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang membantu melancarkan perjalanan proses tersebut.

Untuk makluman kepada semua pelajar dan guru SK Bari, sebarang pertukaran buku yang rosak boleh dibuat pada awal persekolahan tahun hadapan.

Dimaklumkan juga bahawa buku teks KSSR tahun 2 belum diperolehi dan penyerahan akan di buat pada tahun hadapan sebaik sahaja buku-buku berkenaan diperolehi.

Sekian..

 
Keputusan UPSR PDF Print E-mail
Written by Azwie   
Thursday, 17 November 2011 14:03

 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR 2011 yang diumumkan hari ini (17/11/2011). Seramai 5 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A dan 4 orang mendapat 4A. Peningkatan 5A sekali ganda berbanding tahun 2010 yang hanya mendapat 2 orang memberikan kejayaan yang agak besar kepada sekolah.Di antara pelajar yang mendapat 5A ialah Nurul Izzah, Nor Azra, Azirah, Norasyikin dan Nor Fara Syaliza. Tahniah! buat anda. Seramai 23 orang pelajar yang lulus semua matapelajaran daripada 31 orang pelajar yang menduduki peperiksaan sebanyak 74.19%.

Last Updated on Thursday, 17 November 2011 15:11
 
Lawatan Pra Sekolah PDF Print E-mail
Written by Azwie   
Wednesday, 20 July 2011 15:04

Pada 18 Julai 2011, seramai 17 orang murid Pra Sekolah SK Bari telah mengadakan lawatan ke sekitar Kuala Terengganu.Mereka diringi
oleh 6 orang guru dan 13 orang ibu kepada murid tersebut. Di antara tempat yang dilawati ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
Taman Tamadun Islam dan KFC Giant.
Di lapangan terbang, mereka telah dibawa ke ruang khas untuk melihat kapal terbang secara dekat.
Manakala di TTI pula mereka menaiki bot menyusuri sungai Terengganu selama hampir 45 minit. Selepas itu mereka menaiki keretapi untuk
melihat keindahan monumen masjid nagara-negara Islam.Lawatan terakhir mereka di KFC Giant untuk menikmati hidangan.

Last Updated on Wednesday, 20 July 2011 15:38
 
Program Motivasi Ibu Bapa Murid PDF Print E-mail
Written by Azwie   
Thursday, 07 July 2011 15:02

 

 

 

7 Julai 2011
Jawatankuasa Motivasi dan Bimbingan telah berjaya mengadakan Program Motivasi Ibu Bapa dan Murid Tahap 2. Program ini melibatkan ibubapa murid tahun 4,5 dan 6 serta murid tahap 2. Seramai hampir 70 orang ibubapa yang hadir untuk mendengar ceramah motivasi ini. Acara dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar SK Bari, En Mohd Zaki Bin Abdul Rashid.
Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Pn. Wan Nasiah Bt Hj. Wan Abd Majid, Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling PPD Setiu.Selama hampir 2 jam ceramah ini disampaikan dengan pelbagai input yang menarik.

Beritan Bergambar.. KILK di sini..

Last Updated on Friday, 22 July 2011 08:57
 
Kem Bestari Solat PDF Print E-mail
Written by Azwie   
Thursday, 07 July 2011 03:50

6 Julai 2011,Setiu.

Panitia Agama Islam dan guru-guru j-QAF SK Bari telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat(KBS) kali ke 2 pada 5 dan 6 Julai 2011.Program ini diadakan sejajar dengan kehendak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dalam memantapkan amalan solat seterusnya melahirkan insan yang soleh dan solehah di  kalangan murid-murid. Program bermula pada pukul 9.am pagi hingga pukul 4.00 petang dengan dirasmikan oleh En.Mohd Zaki b.Abdul Rashid, Guru Besar SK Bari. KBS kali ke 2 ini melibatkan murid tahun 1 hingga 4 yang dikendalikan oleh semua guru.
Di antara aktiviti yang dijalankan ialah amali wuduk, amali solat, bacaan dalam solat, azan dan iqamah serta perlakuan dalam solat. Program ini diakhiri dengan solat zohor berjemaah di antara murid-murid dan semua kakitangan sekolah SK Bari.

Last Updated on Thursday, 07 July 2011 15:01
 
Sambutan Israk Dan Mikraj PDF Print E-mail
Written by Azwie   
Thursday, 30 June 2011 14:57
30 jun 2011.Khamis. Majlis sambutan Israk Dan Mikraj telah diadakan di dewan terbuka SK Bari.
Majlis bermula pada jam 10.00 pagi.Antara aturcara yang diadakan ialah ceramah Israk Mikraj
yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mustafadari SK Bari. Disusuli pula dengan
pertandingan mewarna oleh murid Pra sekolah dan murid Tahap 1. Manakala murid tahap 2
pula pertandingan menuis khat. Acara di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada
pemenang oleh En Amran Hasan, Penolong Kanan Kokurikulum
Last Updated on Friday, 01 July 2011 01:14
 
« StartPrev12NextEnd »

Page 1 of 2
Pengguna
We have 1 guest online
Guru SK Bari

Masa

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Powered By therelax.com
UPSR
Peperiksaan UPSR 18.09.2012 8:00 119 Hari Lagi
Kaunter Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1
mod_vvisit_counterSemalam0
mod_vvisit_counterMinggu ini1
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2
mod_vvisit_counterBulan ini251
mod_vvisit_counterBulan lepas1144
mod_vvisit_counterKeseluruhan7095
PPD Terengganu
Rakan Sekolah Setiu